Tuesday, February 25, 2014

Jawatan Kosong Ahli Fotografi B17 dengan Kerajaan Negeri Sarawak


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh memohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi memohon jawatan-jawatan yang terdapat di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Pemohon yang telah berdaftar boleh mengemaskini permohonan jawatan masing-masing berdasarkan jawatan kosong yang diiklankan. Bagi mereka yang belum berdaftar dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian.

Jawatan
Ahli Fotografi  B17
Taraf Jawatan
Tetap/Jawatan Berasas Caruman
Kumpulan Perkhidmatan
Sokongan
Tempoh Percubaan
1 Hingga 3 Tahun 
Gred Gaji
B17
Klasifikasi Perkhidmatan
BAKAT DAN SENI
Jadual Gaji
P1T1 RM935.57 - P1T24 RM2555.18 
Syarat-syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti di bidang seni foto dan/atau kamera filem atau seni lukis; dan 

(b) calon lantikan terus adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Ahli Fotografi, Gred B17, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
Tarikh tutup Iklan
31 Mac 2014
Link
http://erecruitment.sarawak.gov.my/eRecruitment3_public/AnnualPostDetails.jsp?ApostId=574

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers