Wednesday, February 26, 2014

Jawatan Kosong dengan Majlis Daerah Tangkak, Johor


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, keutamaan
kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim, yang berkelayakan untuk mengisi
kekosongan jawatan-jawatan tetap seperti berikut:-

JAWATAN/GRED/
KEKOSONGAN
KUMPULAN
PERKHIDMATAN
Akauntan Gred 41
(1 Kekosongan)
Pengurusan
Dan
Profesional
RM1925.00 - RM8685.00
Pegawai
Perancang Bandar
& Desa
Gred J41
(1 Kekosongan)
Pengurusan
Dan
Profesional
RM2360.00 - RM8743.00
Pembantu Kesihatan
Awam
(2 Kekosongan)
Pelaksana
RM 975.00 - RM3424.00

Syarat-Syarat:
(a ) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(b) berumur kurang dari 54/56/58 tahun pada tarikh lantikan
(mengikut opsyen persaraan berkaitan)

CARA-CARA MEMOHON:
(a) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Jawatan Majlis Daerah Tangkak yang boleh didapati seperti berikut:-
i) Di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Pejabat Besar, Majlis Daerah Tangkak, dengan bayaran RM1.00 setiap borang permohonan; atau
ii) Memuat turun melalui Laman Web, Majlis Daerah Tangkak,
www.mdtangkak.gov.my- 5 -
(b) Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Kuasa-Kuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah
Am Bab A , bil. 21 dan memastikan (Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun berturut-turut bagi tahun 2011, 2012 dan 2013( jika ada) disertakan bersama.
(c) Semua permohonan hendaklah disertakan:-
i) Salinan sah Sijil-Sijil Persekolahan
ii) Salinan sah sijil/dokumen akademik dan berkaitan
ii) Salinan sah Kad Pengenalan
iii) Salinan sah Sijil Lahir
iv) Sijil Berhenti Sekolah
v) Gambar warna berukuran pasport
vi) Salinan Lesen Memandu (jika berkaitan)
vi) Surat/dokumen-dokumen berkaitan jika ada,
serta dialamatkan kepada;

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
PETI SURAT 63
84907, TANGKAK, JOHOR.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 05 MAC 2014 ( RABU )

(d) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(e) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri
(f) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Looking for job vacancies at Malaysia? Subscribe to our mail list here.

* indicates required
Email Format

/

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers