Monday, February 17, 2014

Jawatan Kosong di Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) Februari 2014.

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) sebagai:


Tarikh tutup permohonan pada 21 Februari 2014.
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan




Jawatan : PEGAWAI PENERANGAN GRED S41 


(1 jawatan) 
 Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional 
 Klasifikasi : Kontrak Untuk Perkhidmatan 
 Bayaran Perkhidmatan : RM2,550.00 sebulan 

 Tempoh Perkhidmatan : 2 tahun 

Syarat Lantikan : 
a) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan 
jawatan; 
b) Lulus Bahasa Malaysia termasuk ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia 
(SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 
c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau 
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 

Jawatan : PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN 

GRED S27 (1 jawatan) 
 Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan 
 Klasifikasi : Kontrak Untuk Perkhidmatan 
 Bayaran Perkhidmatan : RM1,610.00 sebulan 

 Tempoh Perkhidmatan : 2 tahun 
 Syarat Lantikan :
a) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan 
jawatan; 
b) Lulus Bahasa Malaysia termasuk ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia 
(SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 
c) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang 
diiktiraf setaraf dengannya; 

Dikripsi Tugas : 
Bertanggungjawab menguruskan laman sosial rasmi Jabatan. 

Cara Memohon : 

1. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang ANM(T)81/10/2/10/3 yang boleh 
didapati di sini. http://portal.anm.gov.my/public_html/infoSemasa/iklanCFS/borang_CFS_SPP.pdf
2. Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan terang 
dengan HURUF BESAR. 
3. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran 
pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil keputusan 
peperiksaan dan sijil lain yang berkaitan. 
4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 FEBRUARI 2014. 
5. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak teratur akan DITOLAK. 
6. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk 
temuduga. 
7. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan 
ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 
8. Permohonan yang telah lengkap diisi berserta salinan sijil berkaitan boleh 
dikemukakan melalui emel kepada rosenida@anm.gov.my atau 
ruzinah@anm.gov.my atau melalui pos ke alamat berikut : 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia 
Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan 
Aras 7, Kompleks Kementerian Kewangan 
No. 1, Persiaran Perdana, Precint 2, 
62594 PUTRAJAYA 
(u.p: Puan Ruzinah Binti Rukun) 

9. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai di talian 03-8882 1181 atau 

melalui emel ruzinah@anm.gov.my

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers