Friday, February 28, 2014

Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Bagi Bulan Mac 2014


Kepada mereka yang sedang mengintai peluang untuk menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia, berikut merupakan satu peluang keemasan untuk menghadiri kursus tips dan panduan memasuki Perkhidmatan Awam yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. 




Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan menganjurkan Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan sepanjang Tahun 2014. Kursus ini merupakan Transformasi SPA yang bertujuan memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Assessment Center dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam.

Jadual Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Bagi Bulan Mac 2014

BIL.
NEGERI
TEMPAT
TARIKH
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
1.
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur;
Putrajaya dan
Selangor
Dewan Temuduga,
Aras 6, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya
08 Mac 2014
(Sabtu)
05 Mac 2014
(Rabu)
15 Mac 2014
(Sabtu)
12 Mac 2014
(Rabu)
29 Mac 2014
(Sabtu)
26 Mac 2014
(Rabu)
2.
Negeri Sembilan/Melaka
Auditorium 
Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara
Negeri Sembilan
Jalan sungai Ujong
 
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
08 Mac 2014 
(Sabtu)
05 Mac 2014 
(Rabu)
3.
Perak
Bilik Mesyuarat Utama
Pusat Transformasi Bandar (UTC Perak)
Off Jalan Dato’ Onn Jaafar
30300 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
08 Mac 2014
(Sabtu)
05 Mac 2014
(Rabu)
4.
Pulau Pinang
Auditorium 
Politeknik Seberang Perai
Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang
15 Mac 2014
(Sabtu)
12 Mac 2014
(Rabu)
5.
Pahang
Auditorium
Institut Kemahiran Belia Negara Temerloh
Kampung Bongsu
28500 Lanchang
Pahang
15 Mac 2014
(Sabtu)
12 Mac 2014
(Rabu)
6.
Johor
Auditorium
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading
Jalan Kluang, Batu 11, Parit Raja
86400 Batu Pahat
Johor Darul Takzim
15 Mac 2014
(Sabtu)
12 Mac 2014
(Rabu)
7.
Kelantan
Auditorium
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Negeri Kelantan
Lot 1993, Section 49, Tanjong Chat
15200 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

* Sila ambil perhatian akan perubahan tempat terbaru
15 Mac 2014
(Sabtu)
12 Mac 2014
(Khamis)
8.
Sabah
Dewan Masyarakat Pekan Sook
89007 Keningau
Sabah
 
22 Mac 2014
(Sabtu)
19 Mac 2014
(Rabu)
9.
Sarawak
Dewan Suarah Sibu
Jalan Suarah
96000 Sibu
Sarawak
15 Mac 2014
(Sabtu)
* Sila ambil perhatian akan perubahan tarikh terbaru
12 Mac 2014
(Rabu)
10.
Terengganu
Dewan Syarahan
Pejabat SUK Terengganu
Wisma Darul Iman
Terengganu
22 Mac 2014
(Sabtu)
19 Mac 2014
(Rabu)
11.
Perlis
Auditorium
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara
01000 Kangar
Perlis
29 Mac 2014
(Sabtu)
26 Mac 2014
(Rabu)

Atur Cara Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam (Terkini/Baru) [ Muat Turun ]

Penyertaan terbuka kepada semua Warganegara Malaysia, pencari pekerjaan dan sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

i)
Tiada sebarang bayaran dikenakan;
ii)
Berpakaian kemas; dan
iii)
Nota-nota kursus disediakan.

Peserta yang berminat dikehendaki melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran ini. Maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia melalui emel aspa@spa.gov.my atau melalui talian seperti berikut:

Encik Anwar bin Umar Ruszaman : 03-8885 6459
Cik Diana Amira binti Mustapa : 03-8885 6062
Encik Akmal Firdaus bin Aziz : 03-8885 6069
 

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers