Thursday, March 6, 2014

Jawatan kosong dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).

Jawatan:  Pegawai Tadbir (Gred 41)
Taraf: Tetap
Tempoh percubaan: 6 bulan – 2 tahun

Syarat Lantikan
:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:





(a) Warganegara Malaysia;

(b) Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pengurusan pentadbiran  dari Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(c) Mempunyai pengalaman kerja 
tidak kurang daripada 3 tahun di dalam bidang yang berkaitan di sektor awam atau swasta;

(d) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(e) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran dalam pengoperasian sistem komputer.
Bidang Tugas
:
Bertanggungjawab kepada Bahagian Khidmat Pengurusan di dalam Pentadbiran, Pengurusan dan Perolehan di IKIM.


Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:


Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Khidmat Pengurusan)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 14 Mac 2014

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.


Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon-calon adalah dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari IKIM 3 bulan dari tarikh iklan ditutup.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers