Wednesday, March 19, 2014

Jawatan kosong dgn Kerajaan Negeri Sarawak




Maklumat Jawatan:

Jawatan
PEGAWAI PENILAIAN W41

Taraf Jawatan

TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Kumpulan Perkhidmatan
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Klasifikasi Perkhidmatan

KEWANGAN
Tempoh Percubaan

1 HINGGA 3 TAHUN
Gred Gaji
W41
Jadual Gaji
P1T1 RM1702.81 - P1T27 RM4688.95



Syarat-syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T5); dan

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W41, tertaluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Ikhtisas Bahagian I, Bahagian II dan Bahagian III anjuran Penilai
dan Penaksir Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Penilaian, Gred W41, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.



No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers