Permohonan adalah dipelawa daripada
Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang
berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong berstatus kontrak di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan.
1. Pegawai Hal Ehwal
Islam Gred S41 (Imam Tua Masjid Bandar/Jajahan )
2. Penolong Pegawai
Hal Ehwal Islam Gred S27 (Imam Muda Masjid Bandar/Jajahan)
3. Pembantu Hal Ehwal
Islam Gred S17 (Bilal Masjid Bandar/ Jajahan)
4. Pembantu Hal Ehwal
Islam Gred S17 (Siak Masjid Bandar/Jajahan )
5. Pembantu Tadbir
(Perkeranian/Operasi) Gred N17 (Masjid Bandar/ Jajahan - Lelaki )
6. Pemandu Kenderaan
Gred H11
UMUR
PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN
i) Calon-calon lantikan terus
hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
CARA
MEMOHON
i) Permohonan hendaklah menggunakan
Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh didapati melalui Portal
Rasmi MAIK http://www.e-maik.my atau dengan mengemukakan sampul surat berukuran
10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri
di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Kelantan.
ii) Permohonan dari pegawai sedang
berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian
Prestasi Tahun 2013 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii) Salinan sah sijil-sijil
persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama
gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah
dikembarkan bersama borang permohonan.
iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan
dan lewat diterima tidak akan dilayan.
|
ALAMAT
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat
berikut:
YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
SEBELUM
ATAU PADA : 03HB. APRIL, 2014
PERKARA
AM
a) Hanya calon-calon yang layak
selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima
sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment