Tuesday, March 4, 2014

Jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia
yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan dalam bidang berkaitan
seperti berikut:

Bendahari W52

TARAF JAWATAN : Tetap/Kontrak
Ijazah Sarjana/ Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam
bidang Kewangan/Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya sepuluh (10)
tahun di dalam bidang kewangan/perakaunan;
Keutamaan diberi kepada calon yang berdaftar sebagai Ahli
Institut Akauntan Malaysia (MIA);
Keutamaan diberi kepada calon yang pernah berkhidmat
dengan institusi pengajian tinggi.
Pegawai Tadbir N41

TARAF JAWATAN : Tetap/Kontrak
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Perniagaan
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia; dan
(e) mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu (1) tahun di dalam bidang berkaitan.
Keutamaan kepada calon yang pernah berkhidmat dengan institusi pengajian tinggi.



CARA MEMOHON :
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang boleh diperolehi di Pejabat Bahagian
Pengurusan Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Borang permohonan juga boleh didapati dengan
mencetaknya dari laman web rasmi KUIS iaitu www.kuis.edu.my  

b. Sila catatkan nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

c. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:-

a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;
c. Ijazah Sarjana Muda/Diploma/Sijil yang telah disahkan;
d. Transkrip Akademik yang telah disahkan;
e. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan;
f. Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
g. Sijil Kokurikulum;
h. Profil Peribadi/Resume.

d. Bagi Pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang berminat untuk
memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
Sebarang permohonan yang tidak melalui Ketua Pusat Tanggungjawab tidak akan
dipertimbangkan.

e. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh
tutup tidak akan dipertimbangkan.

f. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah
dianggap tidak berjaya.

g. Permohonan hendaklah sampai kepada:

KETUA
BAHAGIAN PENGURUSAN INSAN
PEJABAT PENDAFTAR
ARAS 2, BANGUNAN PENTADBIRAN
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
BANDAR SERI PUTRA
43000, KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN


TARIKH TUTUP : 21 MAC 2014 (JUMAAT)

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers