Wednesday, March 12, 2014

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Jerantut, Pahang




Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada Rakyat Negeri Pahang) termasuklah pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan
layak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan.

PEMOHON-PEMOHON HENDAKLAH MEMPUNYAI KELAYAKAN SEPERTI BERIKUT :-

1. Jawatan : PENGHANTAR NOTIS  GRED N11 (2 kekosongan)

 Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

 Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan
 Sokongan

 Taraf Jawatan : Tetap

 Jadual Gaji :
Gaji Minimum: RM 802.00

 Gaji Maksimum: RM 2,663.00

 Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00

Syarat Lantikan : Calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Penilaian menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
dan
 (d) Sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan
Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)].

[Gaji permulaan ialah pada Gred N11 : RM847.99]

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada Peringkat penilaian Menengah rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
 oleh Kerajaan.

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred N11 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau
kemahian berkaitan.

4. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

5. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

6. Pegawai dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda.

7. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan /Perkhidmatan.

8. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua  Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

9. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.

10. Penghantar Notis Gred N11 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pengkat ke jawatan Penghantar Notis Gred N14 yang kosong apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan. 

11. Penghantar Notis yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Pembantu Kemahiran Gred H17 atau Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N17 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.



12. CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang MDJ/1 yang boleh didapati di Kaunter Khidmat Pelanggan Majlis Daerah Jerantut dan boleh muat turun
borang ini di laman web www.mdjerantut.gov.my atau klik disini untuk borang permohonan. >>>>Borang Permohonan

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil atau salinan keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil kelahiran, kad pengenalan (depan dan belakang) yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.

(c) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21, Bab ‘A’.

(d) Borang permohonan yang tidak lengkap diisi atau tidak terang, tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan, tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan, tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dan tidak ditandatangani akan ditolak.

(e) Borang permohonan yang dilengkapkan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 22sm x 32sm dengan setem yang mencukupi. Di sudut sebelah kiri hendaklah ditulis Nama Jawatan yang dipohon.




13. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

 Permohonan hendaklah sampai kepada :-

YANG DIPERTUA
 MAJLIS DAERAH JERANTUT
 27000 JERANTUT
 PAHANG DARUL MAKMUR

 Sebelum atau pada : 17 MAC 2014 (ISNIN) 

14. CATATAN AM

a) Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:-

(i) Tidak menggunakan borang MDJ/1
(ii) Tidak lengkap
(iii) Tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang
disyaratkan dan semua salinan dokumen tidak disahkan.
(iv) Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan.

b) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3(tiga) bulan dari
tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya. 

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers