Thursday, March 6, 2014

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kluang


Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya
kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari
18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di
Majlis Perbandaran Kluang.

Jawatan: Pegawai Tadbir
Gred: N41
Taraf: Tetap
Gaji : RM1911.00 – RM8646.00

Syarat Lantikan :

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan
 daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
 [ Gaji Permulaan: RM1,911.00]

 atau (ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh
 kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi
 tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
 dengannya.
 [ Gaji Permulaan: RM2,114.00]

 (iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf
 oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian
 tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
 dengannya.
 [ Gaji Permulaan: RM2,217.00]

dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus
 Ujian Lisan) pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
 kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong
Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N27
adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan
Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(i) Mempunyai kelayakan di atas; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas;dan
(iii) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
(a) 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan
 paksa 55 atau 56 tahun;
(b) 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan
 paksa 58 tahun; dan
(c) 58 bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60
 tahun.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

 Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk
 kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang
 berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari
 semasa ke semasa.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan
yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis
Perbandaran Kluang atau dengan memuat turun borang di laman

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Wisma Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Kota Tinggi
86000 Kluang

 TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 10 MAC 2014





(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

F. PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

 a) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam
 Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa
 Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut
 Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan
 Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Nilaian
 Prestasi Tahunan terkini ;

 b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan
 sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, sijil
 lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan
 peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah
 diakui sah;

 c) Permohonan yang lewat , tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di
 atas akan ditolak;

 d) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
 temuduga; dan

 e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6)
 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

 f) Pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang tidak akan bertanggung
 jawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan
 temuduga.

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kluang
86000 Kluang

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers