Friday, March 7, 2014

Jawatan Kosong - Guru Interim /Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Gred DC41


Yayasan Terengganu dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia kerakyatan Negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong di Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu iaitu jawatan Guru Interim /Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Gred DC41.

Bagi calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan menggunakan laman sesawang secara online yang disediakan. 

  • Pemohon yang mengisi borang dalam Sistem on-line diminta terlebih dahulu membaca syarat dan maklumat jawatan yang dipohon
  • Pastikan maklumat yang diberi adalah benar. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan.
  • Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tutup iklan tidak akan diproses.
  • Keputusan pemilihan calon oleh Yayasan Terengganu adalah muktamad.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.



Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan-jawatan berikut : -

1.  JAWATAN:   GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) BAGI SUBJEK  Al-QURAN DAN SUNNAH

2. PENEMPATAN   :    Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

3.  TARAF JAWATAN    :               Sandaran

4.        KADAR ELAUN BULANAN

 Kelayakan
 Gred/Elaun
Elaun
  Ijazah Kepujian
  DC 41
  RM1,806.24 – RM3,560.08

*             Tertakluk kepada perubahan Skim Perkhidmatan serta pindaan dari semasa ke semasa.

5.            SYARAT LANTIKAN :

  •  Terdiri daripada warganegara Malaysia serta rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.
  •  Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah
  •  Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf
  •  Mempunyai kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam empat (4) mata pelajaran lain.
  • Calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan kepujian Bahasa Arab sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran Ugama Islam Tinggi atau Empat Thanawi atau setaraf  dengannya.
  • Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam kategori yang rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan kepentingan Perkhidmatan.


6.       PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :

Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan - pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

7.       TARIKH TUTUP PERMOHONAN

          Permohonan akan ditutup pada 16.03.2014

8.       CARA MEMOHON

          Permohonan hendaklah melalui dibuat secara online melalui sesawang SAHAJA.


        

CATATAN AM :


Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil untuk di temu duga.

Calon boleh menghubungi terus Bahagian Khidmat Pengurusan (Unit Perjawatan & Perkhidmatan) di talian berikut : 09-6221733 samb. 313,314,315 ATAU emailkan kepada upjwtn@ytrg.terengganu.gov.my bagi sebarang pertanyaan mengenai jawatan.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers