Angkatan
Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi apex yang
diiktiraf oleh
kerajaan
sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Malaysia. ANGKASA melaksanakan program
transformasi
koperasi melalui penyertaan projek ekonomi berimpak tinggi. ANGKASA terus
menjalankan khidmat teras iaitu menyediakan khidmat potongan gaji kepada
kakitangan kerajaan, badan berkanun, kelab, koperasi, kesatuan dan syarikat
GLC.
Sekiranya
anda seorang yang berdedikasi, bermotivasi tinggi dan inginkan persekitaran
kerja yang stabil dan berdaya-saing, anda dipelawa menyertai kami dengan
mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat kami seperti berikut :
1. PEGAWAI
PENYELARAS NEGERI (Pulau Pinang)
Kelayakan
dan Pengalaman
•
Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan / Perakaunan atau
kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
•
Berpengalaman bekerja selama 3 tahun dalam pengurusan dan pentadbiran.
•
Berpengetahuan dalam bidang koperasi serta pernah bekerja dalam sektor koperasi
adalah
satu
kelebihan.
• Fasih
dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
• Bersedia
untuk melakukan tugasan di luar kawasan termasuk bertugas pada hujung minggu.
Bidang Tugas
• Terlibat
dalam perancangan, penyelarasan dan perlaksanaan program-program seminar,
bengkel,
Persidangan Negeri dan lain-lain.
• Menyelia
dan memantau operasi harian Pejabat ANGKASA Negeri termasuk penyeliaan
semua
kakitangan, keahlian, akaun Pejabat ANGKASA Negeri dan lain-lain yang
berkaitan.
•
Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi keahlian dan perkhidmatan ANGKASA yang
berkaitan
koperasi.
2. PEMANDU
(Ibu Pejabat)
Kelayakan
dan Pengalaman
•
Sekurang-kurangnya SRP / PMR atau kelayakan yang berkaitan dengan jawatan dan
setaraf
dengannya
• Mempunyai
lesen memandu yang sah Kelas D
• Pengalaman
bekerja sebagai pemandu van dan mahir tentang jalan-jalan di sekitar Kuala
Lumpur.
• Bersedia
untuk melakukan tugasan di luar kawasan Kuala Lumpur termasuk bertugas pada
hujung
minggu.
Bidang Tugas
• Mengurus
penghantaran surat-surat, dokumen ke pejabat pos / bank.
3. PEMBANTU
AM (Ibu Pejabat)
Kelayakan
dan Pengalaman
•
Sekurang-kurangnya SRP / PMR dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia atau
kelayakan
yang
berkaitan dengan jawatan dan setaraf dengannya.
Bidang Tugas
•
Mengemaskini rekod, penyimpanan fail, menyimpan dokumen berkaitan ke dalam
fail,
mengurus dan
mengedar surat pekeliling dan dokumen serta memastikan pejabat sentiasa
bersih,
kemas dan teratur.
Individu
yang berkelayakan dipelawa memohon dengan mengemukakan surat permohonan
berserta
butiran
peribadi terperinci (resume/cv) yang mengandungi maklumat kelayakan akademik,
pengalaman, kemahiran, kualiti personal, gaji semasa, gaji dipohon serta
salinan sijil-sijil akademik / berkaitan dan gambar terbaru berukuran pasport
kepada :
Ketua
Pegawai Eksekutif
ANGKATAN
KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Peti Surat
8797, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor
atau e-mel :
sumber@angkasa.coop
selewat-lewatnya pada 8 Mac 2014
Hanya
pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Semak iklan
penuh disini http://www.angkasa.coop/images/hr/iklan-3-jawatan-kosong-tutup-8mac2014.pdf
No comments:
Post a Comment