Rakyat
Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi
jawatan-jawatan
di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak:
Jawatan : Pustakawan
Gred S41
Taraf
Jawatan : Tetap
Fungsi
Bidang Tugas : Bertanggungjawab melaksana secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian
dan pengurusan maklumat penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan
oleh pengguna perpustakaan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan
kewangan, penyeliaan dan pengurusan sumber manusia, melaksanakan pemeliharaan
dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan.
Tarikh Tutup
Iklan : 14 April 2014 (ISNIN)
Calon-calon
yang berminat boleh mengemukakan Borang Permohonan beserta salinan Kad
Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
sekeping gambar berukuran passport ke alamat seperti di bawah.
Semua
salinan sijil/dokumen berkaitan perlulah disahkan oleh Pegawai Kerajaan
Kumpulan A/Pengetua Sekolah/Guru Besar/Penghulu/Ketua Kampung. Bagi
pemohon-pemohon yang masih berkhidmat di mana-mana jabatan Kerajaan perlulah
membuat permohonan melalui Ketua Jabatan dan dilampirkan bersama salinan
Laporan Penilaian Prestasi Tahunan 2013 serta
Kenyataan
Perkhidmatan yang terkini dan telah dikemaskini.
Borang
permohonan hendaklah di muat turun melalui laman web jabatan di
http://www.ppanpk.gov.my. Permohonan yang
diterima selepas tarikh tutup iklan akan ditolak.
Calon-calon
yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Perbelanjan
dan lain-lain kos untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon.
Keputusan temuduga adalah muktamad. Keutamaan diberi kepada pemohon yang
mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang yang berkaitan. Permohonan yang
tidak menerima jawapan dalam tempoh ENAM (6) BULAN dari tarikh tutup permohonan
calon-calon dianggap adalah TIDAK BERJAYA.
PENGARAH
PERBADANAN
PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK
NO. 17,
JALAN RAJA DIHILIR (JALAN TAMBUN)
30350 IPOH
PERAK DARUL
RIDZUAN
(U/P: UNIT
PENTADBIRAN)
No comments:
Post a Comment