Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk
mengisi jawatan di Pebadanan Aset Keretapi
A. KEKOSONGAN JAWATAN
(i) JAWATAN : PEMUNGUT SEWA
Kumpulan Perkhidmatan : Bukan kakitangan awam
Kekosongan : Satu (1)
Penempatan : Kawasan Seremban, Port Dickson, Bahau, Labu dan Rembau
Kadar Upah : 17% dari setiap inbois penyewa yang berjaya dikutip
Calon-calon untuk lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur 40 sehingga 60 tahun;
c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan;
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berpengalaman dalam urusan tanah dan
industri pengkeretapian).
Deskripsi Tugas;
Bertanggungjawab dalam menyalurkan hasil kutipan sewaan kepada PAK sebelum 21
haribulan setiap bulan, menjalankan tugas yang ditetapkan, menumpukan sepenuh
perhatian kepada tugas dan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kepentingan
PAK, mematuhi dan menjalankan perintah dan arahan-arahan yang diberikan dan
tidak boleh membocorkan apa-apa maklumat berkenaan dengan PAK kepada sesiapa
pun.
B. TEMPOH PERCUBAAN : 1 Tahun
C. CARA MEMOHON
Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan borang PAK/1/2014 yang boleh
didapati di laman sesawang http://www.rac.gov.my atau di pejabat seperti alamat di
bawah;-
Pengurus Besar
Perbadanan Aset Keretapi
Unit Pentadbiran
No. 29G, Blok B, Jalan TKS 1
Kajang Sentral Business Park
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
i. Calon-calon yang ingin memohon borang melalui pos hendaklah dialamatkan
kepada seperti di atas dengan menyertakan sampul surat berukuran 32sm x 22
sm yang beralamat sendiri dan bersetem 60 sen.
ii. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis di sudut atas sebelah
kiri sampul surat nama jawatan yang dipohon.
D. PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
Pengurus Besar
Perbadanan Aset Keretapi
Unit Pentadbiran
No. 29G, Blok B, Jalan TKS 1
Kajang Sentral Business Park
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 APRIL 2014
F. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI *
i. Salinan Kad Pengenalan;
ii. Salinan Surat Beranak;
iii. Salinan sijil-sijil kelulusan dan sijil-sijil berhenti sekolah;
iv. Sekeping gambar berukuran passport yang terbaru
*Sila pastikan dokumen-dokumen berkaitan diakui sah.
G. PERMOHONAN YANG AKAN DITOLAK
i. Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan di para F
ii. Tidak lengkap atau tidak terang;
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iv. Tidak ditulis no kad pengenalan;
v. Tidak ditandatangani oleh pemohon; dan
vi. Permohonan yang lewat dari tarikh tutup permohonan tidak akan dilayan.
H. CATATAN AM
i. Hanya calon-calon yang layak dan memenuhi asas tapisan sahaja akan
dipanggil untuk temuduga dan
ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6)
bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.
Sila klik pautan berikut :
http://www.rac.gov.my/my/wpcontent/uploads/2014/04/BORANG%20JAWATAN%20KOSONG.pdf
No comments:
Post a Comment