Permohonan Mengisi Jawatan Kosong
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur
tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan
jawatan berikut di Universiti Utara Malaysia.
Jawatan : PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) - SAMBILAN
SYARAT KELAYAKAN
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; DAN
b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.
Gaji
RM54.00 sehari
TARAF JAWATAN
Sambilan
TEMPOH LANTIKAN
Mulai 26 Mei 2014 dan berakhir pada 02 Julai 2014
Nota: Keutamaan diberikan kepada calon yang lulus dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris dan kepujian Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
CARA MEMOHON
(i) Borang permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN UNTUK
JAWATAN KOSONG yang boleh dimuat turun di laman sesawang
http://www.pendaftar.uum.edu.my/. Permohonan yang tidak menggunakan borang
tersebut akan ditolak.
(ii) Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas
sebelah kiri sampul surat semasa menghantar borang.
(iii) Hanya satu jawatan boleh dipohon bagi setiap satu borang.
(iv) Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang
telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :
Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel : 04-928 3112/3114
(v) Maklumat terperinci mengenai semua jawatan di atas dan
syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman sesawang berikut: http://www.pendaftar.uum.edu.my
(vi) Tarikh tutup permohonan : 22
April 2014 (Selasa)
CATATAN TAMBAHAN
a. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil
untuk ditemu duga.
b. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan
ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.
JABATAN PENDAFTAR
Universiti Utara Malaysia
Tel : 04-9283199/3132/3136
Fax : 04-9283104
e-mail : pendaftar@uum.edu.my
No comments:
Post a Comment