Tuesday, April 15, 2014

Kerja Kosong dengan Majlis Perbandaran Kajang: Pegawai Kesihatan Persekitaran


Permohonan adalah dipelawa daripada calon - calon warganegara Malaysia ( keutamaan kepada anak Negeri Selangor ), berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak / tetap seperti berikut di Majlis Perbandaran Kajang.

Jawatan / Gred
Pegawai Kesihatan Persekitaran ( U41 )
Kumpulan Perkhidmatan
Pengurusan & Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi Perkhidmatan
Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan
Jadual Gaji
RM 2260.00 – RM 8756.00
Kekosongan
1


SYARAT LANTIKAN :

1.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia ;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
c) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang yang berkaitan oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41 : RM 2,260.00) ; dan
d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

B. CARA MEMOHON :-

1. Borang permohonan boleh didapati secara terus berharga RM2.00 bagi setiap borang di :

Kaunter Hasil, Tingkat 1,
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

ATAU

Dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my  

2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :

1 . Salinan Kad Pengenalan.
2 . Sijil Kelahiran.
3 . Sijil – sijil Persekolahan.
4 . Gambar Berukuran Pasport.

Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah/Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung.

3. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

4. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI
SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

5. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 APRIL 2014 ( JUMAAT )

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers