Permohonan adalah dipelawa kepada
Warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor yang berkelayakan dan
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan
jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kluang.
Bil
|
Jawatan
|
Gred
|
Kumpulan Perkhidmatan
|
Jadual Gaji
|
1
|
Pegawai Perancangan Bandar dan
Desa
|
J44
|
Kejuruteraan
|
RM 3420.00 – RM 9557.00
|
TARAF : Tetap
SYARAT KENAIKAN PANGKAT KE GRED
J44
i) Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 adalah layak
dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai
Perancang Bandar dan Desa Gred J44 yang kosong apabila telah :
(a) Disahkan dalam perkhidmatan;
(b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
(d) Bebas dari tindakan atau hukuman tatatertib;
(e) Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa;
(f) Bebas dari senarai Peminjam Pendidikan Tegar; dan
(g) Lulus Tapisan Keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia.
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT
SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki
perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar
dan Desa Gred J44 adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang
berkenaan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa
ke semasa.
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat dalam
Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM 1.00/set di
pejabat Majlis Perbandaran Kluang atau dengan memuat turun borang di laman web http://www.mpkluang.gov.my
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Pejabat kerajaan
86000 Kluang
Tarikh tutup: 30 April 2014
(sila nyatakan nama jawatan yang
dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)
F. PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
a) Permohonan dari mereka yang
sedang berkhidmat dalam
Perkhidmatan Awam, Badan-badan
Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan
masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan
dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan
Nilaian Prestasi Tahunan terkini ;
b) Borang permohonan yang lengkap
diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan
kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik,
transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang
telah diakui sah;
c) Permohonan yang lewat , tidak
lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
d) Hanya calon yang layak selepas
tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan
e) Pemohon-pemohon yang tidak
menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap
tidak berjaya.
f) Pentadbiran Majlis Perbandaran
Kluang tidak akan bertanggung jawab atau menanggung segala perbelanjaan
berkaitan dengan temuduga.
No comments:
Post a Comment