Friday, April 18, 2014

Kerja Kosong dengan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka





Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.

Bil
Jawatan
Gaji Minimum
Gaji Maksimum
Bil Kekosongan
Taraf Jawatan
1
Jurutera Gred J41
RM 2,360.00
RM8,743.00
1
Kontrak
2
Penolong Jurutera Gred JA 29
RM 1,418.00
RM 5,121.00
1
Kontrak
3
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)  Gred N17
RM 928.00
RM 3,375.00
2
Kontrak


(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Perjawatan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
(b) Borang boleh didapati dengan melayari laman web www.melakagreentech.gov.my
(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar dan salinan Sijil Kelahiran, Sijil berhenti Sekolah serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Setiap salinan perlu diakui sah oleh mana-mana ketua kampung, JKKK atau pegawai Kumpulan Profesional).
(d) Permohonan-permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan bahawa salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama.
(e) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN TEKNOLOGI HIJAU MELAKA
ARAS 3, WISMA NEGERI
BANDAR MITC, HANG TUAH JAYA
75450 AYER KEROH
MELAKA

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 April 2014
(g) Permohonan yang berikut akan ditolak sekiranya:-
i. Tidak disertakan dokumen yang diperlukan
ii. Tidak lengkap
iii. Tidak memenuhi syarat dalam iklan
iv. Tidak menandatangani borang permohonan

CATITAN
(a) Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan atau setelah ditemuduga tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklam/temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pentadbiran Perbadanan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers