Wednesday, April 16, 2014

Temuduga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 21 April 2014



Temuduga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi 
menghadiri temu duga terbuka jawatan berikut: 

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) 
PEMBANCI GRED N17 KONTRAK – KONTRAK 2 BULAN 

A.  JAWATAN : PEMBANCI GRED N17 

 KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA 
 TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN 
 KADAR UPAH : RM100.00 SEHARI 
 (16 HARI SAHAJA) 

 TEMPOH PERKHIDMATAN : DUA (2) BULAN 


WAKTU BEKERJA : 
Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan. 
(SABTU DAN AHAD SETIAP MINGGU) 

 KELAYAKAN: 

 (1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 

 (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh 
kerajaan

 (b) Lulus 6 mata pelajaran iaitu 2 kepujian dan 4 lulus pada peringkat Sijil 
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh 
kerajaan
 (c) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian 
Lisan) pada peringkat Sijll Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf 
setaraf dengannya oleh kerajaan. 

 (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris 
dan mengendalikan aplikasi komputer). 


B. UMUR (PADA TARIKH TEMU DUGA TERBUKA) 

 Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 
tahun pada tarikh temu duga terbuka dijalankan. 

 Temu Duga Terbuka ini akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:- 

 TARIKH TEMUDUGA : 21 APRIL 2014 

MASA PENDAFTARAN : 8.30 PAGI – 10.00 PAGI 

TEMPAT :
DEWAN MESTIKA, 
INSTITUT LATIHAN DBKL (IDB) 
JALAN YAAKOB LATIF 
BANDAR TUN RAZAK 
 53200 KUALA LUMPUR 

 No. Telefon : 03-26179613/9609 

 Sila Bawa:

 (i) KAD PENGENALAN (ASAL) 

(ii) SIJIL KELAHIRAN (ASAL) 

(iii) SIJIL SPM (ASAL) 
 SLIP KEPUTUSAN SPM TIDAK DITERIMA 

(iv) SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN (ASAL) 

(v) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT 

(vi) SATU SALINAN/FOTOKOPI YANG TELAH DISAHKAN 
UNTUK SEMUA DOKUMEN DI ATAS 

 Tarikh Iklan Disiarkan : 12 APRIL 2014 (SABTU) 


 CATATAN : Iklan kekosongan jawatan ini juga dipaparkan di Portal Dewan Bandaraya 
Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my)

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers