Wednesday, May 7, 2014

16 Jenis Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Job Vacancy At Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.


Sukacita dimaklumkan bahawa Iklan Kekosongan Jawatan di Lembaga Kemajuan Kelantan 

Selatan (KESEDAR)bagi jawatan Pengurusan Profesional dan Pelaksana telah dibuka 

mulai 5Mei hingga 19 Mei 2014. 

Pemohon perlu mengisi borang secara online melalui capaian seperti berikut


Jawatan Kosong di  Koperasi Pegawai Pegawai Kesedar

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
2. Pegawai Pertanian
3. Pegawai Tadbir
4. Penolong Pegawai rancangan Tanah
5. Penolong Pegawai Tadbir
6. Pegawai Teknologi Maklumat
7. Penolong Juruukur
8. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
9. Penolong Pegawai Tanah
10. Pembantu Tadbir
11. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha
12. Penyelia Rancangan Tanah
13. Pembantu Pembangunan Masyarakat
14. Juru Audio Visual
15. Pembantu Awam
16. Pemandu Kenderaan

Sebarang pertanyaan berhubung iklan jawatan kosong boleh diajukan kepada Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia di talian 099132200 (En. Abdul A'zim). Hanya calon yang telah mengisi borang secara online sahaja akan diproses.Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers