Monday, May 12, 2014

Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)



logo dewan bahasa dan pustaka dbp

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut :


  1. Perancang Bahasa Gred S41 (1 Kekosongan)
  2. Pustakawan Gred S41 (1 Kekosongan)
  3. Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W17 (2 Kekosongan)
  4. Pembantu Operasi Gred N11 (1 Kekosongan)
  5. Pengawal Keselamatan Gred Kp11 (1 Kekosongan)

Cara Memohon :


Calon yang berminat mengisi jawatan kosong DBP perlu memohon melalui laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di http://www.spa.gov.my.
KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap TIDAK BERJAYA. Maklumat lanjut boleh didapati  di http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mei 2014

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers