Tuesday, May 27, 2014

Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia - Segera

Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia

Calon-calon adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pembantu Tadbir, Gred N17 di Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
Jawatan: Pembantu Tadbir
Gred: N17
Taraf: Pekerja Sambilan Harian
Tempat bekerja: Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya
Syarat-syarat kelayakan memohon:
- Warganegara Malaysia.
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lancar.
- Sekurang-kurangnya memiliki SPM atau Sijil yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Pengalaman bekerja bukan satu kemestian, Calon-calon yang mempunyai pengalaman kerja digalakkan memohon.
Kriteria lain yang diperlukan:
- Boleh bekerja dengan pengawasan minima.
- Boleh bekerja dalam pasukan.
- Boleh bekerja lebih masa dan di luar kawasan termasuk pada hari Sabtu dan Ahad
- Boleh menggunakan perisian suntingan seperti Adobe Photoshope, Illustrator, InDesign serta lain-lain instrument suntingan video, audio dan imej adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan semasa dalam menganalisis media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube adalah satu kelebihan

Calon-calon yang menepati kriteria dan berminat, boleh menghantar resume ke alamat email berikut: azyyatina@moh.gov.my selewat-lewatnya pada 28 Mei 2014(Rabu).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Azyyatina di talian 03-8883 3496.

Resume juga boleh dihantar terus ke alamat berikut:

UNTUK PERHATIAN: Puan Azyyatina Binti Abdul Rahim
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 4, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers