Monday, May 19, 2014

Jawatan Kosong Operator Makmal, Sg Buluh





JAWATAN: OPERATOR MAKMAL
(Sungai Buloh, Ijok, Selangor)

AAR, sebuah syarikat yang menjalankan kajian dan menyediakan perkhidmatan pertanian (anak syarikat Kuala Lumpur Kepong (KLK) dan Boustead Holdings Berhad). Makmal Tissue Culture kami mempunyai kekosongan jawatan bagi pengambilan segera. Individu yang berkelayakan dan berminat dijemput hadir temuduga terbuka (walk-in interview).

Bidang tugas
-Menjalankan kerja-kerja operasi pengeluaran anak kelapa sawit melalui teknik tisu kultur.

Syarat kelayakan:
-Lulus SPM
-Wanita
-Mempunyai tahap kesihatan yang baik

Faedah:
-Gaji bulanan > RM1000 sebulan (tidak termasuk kerja lebih masa)
-Elaun perumahan & elaun pengangkutan
-Caruman KWSP, SOCSO
-Cuti tahunan minimum 14 hari, cuti sakit, cuti bersalin
-Aktiviti tahunan syarikat (hari keluarga, makan malam, lawatan, dsb)
-Kemudahan kantin dengan harga subsidi
-Latihan secara berterusan disediakan
-Faedah-faedah sampingan lain (perubatan dsb)
-Waktu bekerja "office hour"

Sila bawa kad pengenalan dan sijil akademik bersama.
Isnin - Jumaat, 3.00 - 4.00 petang (kecuali cuti umum) di:

Applied Agricultural Resources Sdn Bhd
Makmal Tissue Culture
c/o Ladang Tuan Mee,
29 km, Jalan Sg. Buloh - Kuala Selangor,
47000 Sg. Buloh, Selangor.
Tel: 03-60385512/1373 (Miss Ilham)

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers