KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
PEGAWAI PEMERIKSA
SKOP KERJA
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap majikan yang gagal mematuhi Akta KWSP.
KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Diploma dalam bidang pengajian yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Lulus subjek Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT TAMBAHAN
Memiliki lesen memandu kelas D atau B2.
STATUS JAWATAN
Tetap.
CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta salinan dokumen seperti berikut:
- Resume
- MyKad
- Surat beranak
- Sijil kerakyatan Malaysia (jika berkaitan)
- Penyata gaji terkini
- Skrol dan transkrip Diploma
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Permohonan hendaklah dihantar ke rec.enf@gmail.com selewat-lewatnya 13 MEI 2014. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup.
No comments:
Post a Comment