Friday, May 9, 2014

Jawatan Kosong Setiausaha Pejabat, Kota Kinabalu

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN 
LEMBAGA KOKO MALAYSIA 
 
Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia bagi 
mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap di Lembaga Koko Malaysia seperti 
berikut:- 

SETIAUSAHA PEJABAT 
(Bil. Kekosongan : 1 - Penempatan : Ibu Pejabat Kota Kinabalu) 

i. Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan 
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana 
iii. Taraf Jawatan : Tetap 
v. Syarat Kelayakan : 

a) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik 
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh 
kerajaan. 

(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,362.00) atau 

b) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau 
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

 (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,661.95) 

DAN c) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian 
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang 
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 


Syarat-Syarat Permohonan 

i) Terdiri daripada warganegara Malaysia. 
ii) Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada 
tarikh tutup iklan. 
iii) Bagi calon-calon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat 
dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan 
hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh iklan serta 
mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan 
mengemukakan bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2013, Kenyataan 
Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Pengisytiharan Harta. 

  
Penaklukan Di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan 

Pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Setiausaha Pejabat adalah tertakluk 
kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa 
serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 

Cara Memohon 

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang 
boleh dicetak melalui Laman Sesawang Lembaga di alamat www.koko.gov.my 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran 
paspot dan salinan Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua 
semester), STPM/SPM/SRP/PMR, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen 
(spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam 
Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat 
pada 21 MEI 2014 ke Ibu pejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:- 

KETUA PENGARAH 
LEMBAGA KOKO MALAYSIA 
TINGKAT 6, WISMA SEDCO, 
LORONG PLAZA WAWASAN 
OFF COASTAL HIGHWAY 
BEG BERKUNCI 211 
88999 KOTA KINABALU, SABAH. 
(U.P : UNIT PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN 
BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN) 

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat. 

Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan 
dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai 
pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak 
menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan 
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers