Friday, May 16, 2014

Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Kesihatan Malaysia- 19 Mei 2014



Calon-calon adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F41 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:


  • Jawatan: Pegawai Teknologi Maklumat
  • Gred: F41
  • Taraf: Pekerja Sambilan Harian
  • Tempat bekerja: Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya
  • Syarat-syarat kelayakan memohon:

- Warganegara Malaysia.
- Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan lancar.
- Sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ICT/Multimedia dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Pengalaman bekerja bukan satu kemestian,cCalon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja digalakkan memohon.

Kriteria lain yang diperlukan:
- Boleh bekerja dengan pengawasan minima.
- Boleh bekerja dalam pasukan.
- Boleh bekerja lebih masa dan di luar kawasan termasuk pada hari Sabtu dan Ahad
- Mahir menggunakan perisian suntingan seperti Adobe Photoshope, Illustrator, InDesign serta lain-lain instrument suntingan video, audio dan imej.
- Mempunyai pengetahuan semasa dalam menganalisis media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.
- Berpengetahuan dalam 'Social Media / Internet Marketing' adalah satu kelebihan.

Calon-calon yang menepati kriteria dan berminat, boleh menghantar resume ke alamat email berikut: azyyatina@moh.gov.my sebelum 19 Mei 2014 (Isnin)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Azyyatina di talian 03-8883 3496.

Resume juga boleh dihantar terus ke alamat berikut:

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 4, Blok E7, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers