Monday, May 12, 2014

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Kota Tinggi




1. (a) Jawatan : PENGHANTAR NOTIS

 (b) Kumpulan Perkhidmatan: PELAKSANA

 (c) Klasifikasi : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

2. JADUAL GAJI : GRED N11

 Gaji Minimum - Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
 RM802.00 - RM2,663.00

3.SYARAT LANTIKAN

:Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

 (a) warganegara Malaysia;

 (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

 (c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ; dan

(ii) sekurang-kurangnya mempunyai lesememandu Kelas B2 yang dikeluarkan oleJabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]

(Gaji permulaan ialah pada Gred N11:RM847.99)

 (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22 MEI 2014 ( KHAMIS )

5. CARA MEMOHON :

(a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat Majlis
Daerah Kota Tinggi dengan bayaran RM1.00 senaskah atau boleh dimuat turun melalui
laman web www.mdkt.gov.my dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat
menggunakan kiriman wang pos.

(b) Borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran
dan sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah, Diploma-jika berkenaan),
transkrip keputusan peperiksaan semua semester serta sekeping gambar berukuran
pasport. Semua dokumen hendaklah di SAHKAN daripada salinan asal.

(c) Permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa
Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing
mengikut Perintah Am Bab “A” Bil.17.
(d) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar kepada :-
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kota Tinggi
Jalan Padang
81900 Kota Tinggi

(e) Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan
dipanggil menghadiri temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan
selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.


No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers