Permohonan
adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon
jawatan berikut di pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan:-
Jawatan: Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Peringkat
Daerah Dan Surau
Taraf Perkhidmatan: Kontrak
Gaji Permulaan: RM 1,810.00 sebulan
Syarat Lantikan.
a.
Warganegara Malaysia.
b. Berumur
tidak kurang daripada 25 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
c. Lelaki
dan sihat tubuh badan.
d. Mempunyai
sifat-sifat kepimpinan yang baik supaya dapat memberi bimbingan yang berkesan
dalam pengurusan dan pengimarahan masjid/surau.
e. Mempunyai
kebolehan khusus seperti berikut :-
i. Memiliki
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) principal dalam subjek Syariah atau
Usuluddin; atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); atau Diploma dalam bidang
pengajian Islam;
ii.
Mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam memberi khidmat nasihat dan
menyelia hal ehwal kewangan masjid/surau; dan
iii. Berkebolehan
menyelia dan menyelaras aktiviti pengimarahan di masjid/surau.
Deskripsi Tugas:
a) Bertanggungjawab kepada Pegawai Penyelaras Kanan
Pejabat Pentadbiran Pusat Zon dalam urusan penyelarasan serta pemantauan,
pengurusan dan pengimarahan masjid/surau.
b) Juga bertanggungjawab kepada Pegawai Penyelaras
Takmir dalam program takmir masjid.
Cara Memohon:
a.
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang dikeluarkan oleh
Jabatan.
b.
Calon-calon boleh memuat turun borang melalui laman sesawang Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
c. Borang
Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran
32sm x22sm.
d. Borang
Permohonan yang berikut akan ditolak :-
• Tidak
disertakan dengan dokumen sokongan yang diperlukan.
• Tidak
lengkap.
• Tidak
memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
• Tidak
ditandatangani.
PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:-
Ketua
Penolong Pengarah Kanan
Bahagian
Pengurusan Kariah
Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan, (JAWI),
Aras 1,
Menara Pusat Islam,
Kompleks
Pusat Islam, Jalan Perdana,
50676 KUALA
LUMPUR
Permohonan
hendaklah sampai pada atau sebelum 15
JUN 2014.
Hanya calon
yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
No comments:
Post a Comment