JAWATAN KOSONG DI PUTRA FM
I. PEMBANTU PENERBITAN (PENYAMPAI RADIO BAHASA MELAYU) N17
II. PENOLONG PEGAWAI PENERBIT ( PENYAMPAI BAHASA INGGERIS) N27
PENGAMBILAN PEMBANTU PENERBITAN (BAHASA MELAYU) N17
Selangor FM saluran UPM (Putra FM) ingin mempelawa kepada individu yang berbakat untuk memohon jawatan Pembantu Penerbitan (Bahasa Melayu).
SYARAT
Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) terdiri daripada warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
d) boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik;
e) berwatakan ceria dan berkebolehan berinteraksi dengan semua lapisan pendengar
f) mempunyai kredibiliti dan komitmen yang tinggi
g) berdikari dengan pengawasan yang minimum
h) bersedia untuk bertugas melebihi 12 jam
i) calon-calon yang mempunyai kenderaan akan diberi keutamaan.
SKOP KERJA
a) Bertugas sebagai penyampai radio bahasa Melayu, penerbit rancangan, wartawan dan menjalankan kerja-kerja pentadbiran
PENGAMBILAN PENOLONG PEGAWAI PENERBIT (BAHASA INGGERIS) N27
Selangor FM saluran UPM (Putra FM) ingin mempelawa kepada individu yang berbakat untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Penerbit (Bahasa Inggeris).
SYARAT
Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) terdiri daripada warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
f) boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Melayu dengan baik;
g) berwatakan ceria dan berkebolehan berinteraksi dengan semua lapisan pendengar
f) mempunyai kredibiliti dan komitmen yang tinggi
g) berdikari dengan pengawasan yang minimum
h) bersedia untuk bertugas melebihi 12 jam
i) calon-calon yang mempunyai kenderaan akan diberi keutamaan.
SKOP KERJA
a) Bertugas sebagai penyampai radio bahasa Inggeris, penerbit rancangan, wartawan dan menjalankan kerja-kerja pentadbiran
TARAF JAWATAN
Kedua-dua jawatan yang ditawarkan taraf jawatannya adalah kontrak bergaji hari (sambilan)
CARA MEMOHON
(a) Sila isi Borang Permohonan Jawatan Kosong Kumpulan Sokongan yang boleh dimuat turun melalui: http://www.admin.upm.edu.my/acro_files/PEND.Q.BR0.JAWATAN02.pdf
(b) Resume beserta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan)
(c) Tuliskan di sebelah kiri atas sampul surat nama jawatan yang dipohon;
(d) Calon yang layak akan dihubungi untuk sesi ujibakat dan temuduga;
(e) Satu salinan lengkap sijil berkaitan yang telah disahkan dibawa ketika menghadiri ujibakat
(f) Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya
Sila kemukakan permohonan kepada :-
Penerbit
Radio Putra FM
Aras 2, Jabatan Komunikasi
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
@
putrafm@fbmk.upm.edu.my
Tarikh tutup permohonan : Buat masa kini, temuduga ini terbuka.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Syaizwar Hazry Samsudin (03-89468744).
No comments:
Post a Comment