Universiti Selangor (UNISEL) merupakan sebuah Universiti swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ditubuhkan pada tahun 1999 sehingga kini menawarkan pelbagai program pengajian di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. Lokasinya yang strategik, secara tidak langsung memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negeri.
Jawatan : PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (WEBMASTER)
Syarat Kelayakan
: Warganegara Malaysia;
: Berumur tidak melebihi dari 56 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
: BerkelayakanIjazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat/Sistem Maklumat/Pengaturcaraan atau bidang-bidang lain yang berkaitandaripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya;
: Mempunyai pengetahuan mengenai aplikasi web, JOOMLA, PHP,ASP dan aplikasi-aplikasi lain yang berkaitan;
: Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
: Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun dalam mengendalikan laman web;
Jawatan : CHARGEMAN BO/B4 (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK VOLTAN TINGGI)
Syarat Kelayakan
: Warganegara Malaysia;
: Berumur tidak melebihi dari 56 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
: Berkelayakan Diploma Teknologi Elektrik Kuasa dan mempunyai Sijil Kekompetenan Kategori B0/B4 (Sistem Voltan Tinggi) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
: Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
: Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun;
: Boleh bekerja dengan pengawasan minimum.
ALAMAT PERMOHONAN & CARA MEMOHON :
Pemohon yang berminat hendaklah menyertakan resume (sila sertakan dua (2) nama sebagai rujukan beserta alamat penuh dan nombor telefon untuk dihubungi) dan sijil-sijil berkaitan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi Unisel http://www.unisel.edu.my; - MUAT-TURUN DISINI
Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :-
Pengurus Besar
Bahagian Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor
Kampus Bestari Jaya
Jalan Timur Tambahan
45600 Bestari Jaya
Selangor
U/P : Unit Perjawatan & Khidmat Sokongan
Tel : 03-3280 5077 / 5058
- Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.
- Permohonan juga boleh diemel ke perjawatan@unisel.edu.my
- Subjek (tajuk) emel adalah mengikut jawatan yang dipohon. Contoh : Pegawai Sistem Maklumatm (Webmaster)
- Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 11 Julai 2014.
CATATAN AM:
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan pada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
No comments:
Post a Comment