Wednesday, September 17, 2014

Jawatan Kosong dgn Kerajaan Negeri Kelantan




Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan PENOLONG AKAUNTAN, GRED W27 (SAMBILAN) di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

CARA MEMOHON  

i)    Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran
      10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan
      Adat Istiadat Melayu Kelantan.
ii)   Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 / terkini
      dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii)  Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul
      berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
iv)  Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan. 

ALAMAT PERMOHONAN   

    Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

    YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
    Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
    15200 KOTA BHARU.

    SEBELUM  ATAU PADA   : 30HB SEPTEMBER, 2014


PERKARA AM

    a)    Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
    b)    Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers