Friday, October 31, 2014

Jawatan Kosong Pentadbiran ( Gred 11-40& 41-54) Bagi Lulusan Ijazah, Diploma,STPM dan SPM



JAWATAN KOSONG (PENTADBIRAN)

Sesi 5 / Tahun 2014


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara TETAP/ SEMENTARA/ KONTRAKseperti berikut :-
JAWATAN PENTADBIRAN
BILNAMA JAWATANGREDPERINCIAN
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (GRED 41-54)
1.PEGAWAI SAINSC41KLIK SINI
2.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMATF41KLIK SINI
3.JURUTERAJ41KLIK SINI
4.PEGAWAI TADBIRN41KLIK SINI
5.PEGAWAI PERGIGIANU41/44/48/52/54KLIK SINI
6.PEGAWAI PERUBATANUD43/47/51/53KLIK SINI
KUMPULAN PELAKSANA (GRED 11 -40)
7.PENOLONG PEGAWAI KESELAMATANKP27KLIK SINI
8.PEMBANTU MAKMALC17KLIK SINI
9.PEMBANTU KEMAHIRAN
(BIDANG DANDANG)
H17KLIK SINI
10.PEMBANTU AWAM (PENYELAMAT)H11KLIK SINI
11.PEMBANTU OPERASIN11KLIK SINI
12.PEMBANTU HAL EHWAL ISLAMS17KLIK SINI
13.PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIANU17KLIK SINI

1. PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.
2. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.
3. SYARAT KEWARGANEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
4. HAD UMUR BAGI PELANTIKAN SECARA LANTIKAN (PSL)
Bagi jawatan yang memperuntukkan kemasukan secara PSL, had umur pemohon adalah seperti berikut:
(a) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55/56 tahun;
(b) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
(c) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
5. KELAYAKAN SPM MENGIKUT SISTEM TERBUKA UNTUK LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
Calon-calon yang memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :
(a)lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
(b)lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
(c)memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
6. KELAYAKAN PMR BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM
Calon-calon yang memiliki Sijil PMR boleh dilantik ke jawatan yang bersesuaian tertakluk memenuhi syarat-syarat berikut:
(a)mendapat sekurang-kurangnya peringkat ‘D’ dalam lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; DAN
(b)bagi skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan 'kepujian' dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Malaysia atau Pengetahuan Agama Islam atau seumpamanya di peringkat PMR, calon-calon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 'C' dalam mata pelajaran berkenaan di peringkat PMR.
Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
7. TEMPOH PERCUBAAN
Calon-calon lantikan terus bertaraf TETAP dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun sebelum disahkan dalam perkhidmatan.
8. CARA MEMOHON
(a) Permohonan adalah secara ‘online’ melalui laman web http://www.uthm.edu.my. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.
(b) Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.
(c) Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada perjawatan@uthm.edu.my.
9. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan secara atas talian perlu dikemukakan sebelum atau selewatnya pada 
  23 NOVEMBER 2014 (sebelum JAM 4:00 PETANG)
10. KETERANGAN AM
(a) Hanya calon yang berjaya di senarai pendek sahaja akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga. 
b) Calon yang tidak dihubungi sehingga tamat tempoh sahlaku permohonan hendaklah beranggapan bahawa permohonan TIDAK BERJAYA.
(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama sembilan (9) bulan dari tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan.



No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers