Wednesday, October 15, 2014

Skim Perantisan bagi Lepasan PMR & SPM & Pelajar Tercicir dengan elaun bulanan RM500

SKIM PERANTISAN

OBJEKTIF

Tujuan skim ini adalah untuk meningkatkan penawaran tenaga kerja mahir untuk industri. Ini ditentukan bersama oleh PSMB serta industri yang terlibat. Skim ini juga membolehkan majikan yang berdaftar dengan PSMB terlibat secara aktif untuk menjadi majikan penaja.

KUMPULAN SASARAN

Perantis dipilih dari adalah merupakan pelajar lepasan PMR atau SPM atau pelajar yang tercicir dari aliran pendidikan.

PEMILIHAN PERANTIS

Pemilihan pelatih dilakukan melalui sesi temuduga yang dikendalikan oleh majikan dan PSMB.

KAEDAH LATIHAN

Latihan ini adalah gabungan teori dan praktikal di pusat latihan yang diluluskan dengan penekanan kepada latihan praktikal dan berstruktur iatu off-the-job di premis penyedia latihan. Kurikulum telah dibangunkan secara modular. Setelah selesai gabungan modul di pusat latihan, perantis akan menjalani latihan on-the-job di premis majikan penaja mengaplikasi latihan teori dan praktikal yang telah dipelajari di pusat latihan.

TEMPOH LATIHAN

Tempoh latihan adalah antara 9-27 bulan bergantung kepada keperluan industri.

YURAN LATIHAN

Yuran latihan yang ditanggung akan dibayar sepenuhnya oleh PSMB.

ELAUN BULANAN

Mulai 1 April 2012, elaun perantis di bawah Skim Perantisan PSMB telah meningkat kepada RM500.00 sebulan. Kadar baru ini adalah terpakai semasa latihan off-the-job dan on-the-job bagi Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3. Elaun ini akan ditolak dari akaun levi majikan. Kelayakan untuk bayaran penuh elaun bergantung kepada kehadiran perantis. Perantis akan dibayar elaun penuh sebanyak RM500.00 jika kehadiran mereka mencapai 80% dan ke atas. Peruntukan ini akan dikira secara pro rata berdasarkan jumlah hari latihan jika kehadiran kurang daripada 80%.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN PENAJA

Selain daripada elaun bulanan perantis, bahan guna habis semasa latihan on-the-job, majikan penaja juga bertanggungjawab bagi perlindungan insurans perantis semasa sepanjang perlaksanaan program . Majikan penaja layak menuntut bantuan kewangan pada kadar 100% daripada kos yang dibenarkan (elaun bulanan perantis, insuran dan habis, jika berkenaan).

PENSIJILAN

Setelah tamat latihan dengan jayanya, perantis akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 (berdasarkan program) oleh Jabatan Pembangunan dan Sijil Perantisan Kemahiran dikeluarkan oleh PSMB.

PROGRAM DITAWARKAN

  1. Mekatronik
  2. Hotel Industri
  3. Industri Berasaskan Kayu (Perabot)
  4. Plastic Injection Moulding
  5. Tool & Die (Mould)
  6. Tool & Die (Press Tool)
  7. Industrial Sewing Machine
  8. Multimodal Transport Operator

BAGAIMANA MEMOHON (CALON)

  1. Isikan borang PSMB/SP/1/11

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers