Kami merupakan sebuah Syarikat “Government Linked Company
(GLC)” yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya.
Selaras dengan perkembangan Syarikat, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan,
berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan
sebagaimana berikut:-
1. Pengurus (Kewartawanan) Gred Band 3 (A)
Syarat Kelayakan:-
i.Terdiri daripada warganegara Malaysia.
ii.Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
Iklan jawatan.
iii.Memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa
(Kewartawanan) atau lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh MQA.
iv.Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Syarikat.
v.Berkebolehan menulis dan bertutur di dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris dengan baik.
vi.Mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang penulisan/kewartawanan
sekurang-kurangnya 5 tahun dan mempunyai rantaian yang berkesan dengan pihak
media utama negara.
vii.Berkeupayaan untuk bekerja di bawah tekanan waktu
termasuk pada hari-hari cuti umum dan sentiasa menepati ‘deadline’.
viii.Berkeupayaan menyelaras dan menghasilkan artikel-artikel
khusus atau tertentu mengikut arahan semasa
ix. Mempunyai lesen Memandu dan mempunyai kenderaan milik
sendiri.
Bidang Tugas:-
i.Boleh melakukan kerja termasuklah terlibat dalam bahagian
editorial, ulasan, blog, artikel onlinedan sebagainya
ii.Menyampaikan maklumat mengenai sesuatu acara atau
aktiviti untuk pengetahuan umumdi FELCRA Berhad
iii.Sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang berlaku di
sekeliling di FELCRA Berhad.
Borang permohonan boleh diperoleh menerusi laman web www.felcra.com.my atau datang terus ke Wisma
FELCRA Berhad, Aras 4, Bahagian Sumber Manusia.
Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar
berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat berikut:-
Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat FELCRA Berhad
Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
(u.p:-Bahagian Sumber Manusia)
(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri
sampul surat)
Tarikh Tutup Permohonan:-09 JANUARI 2015
No comments:
Post a Comment