Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri : Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Taat Setia kepada organisasi dan bersifat sedia membantu untuk jawatan kosong berikut:
Lulusan SPM
1. Pembantu Tadbir ( Kewangan) Gred W17 ( 215 Kekosongan)
2. Pembantu Tadbir ( Perkeranian/ Operasi) Gred N17 ( 700 Kekosongan)
3. Pegawai Bomba Gred KB 17 ( 75 Kekosongan)
4. Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred 17 (53 Kekosongan)
5. Jurubahasa Gred 17 (65 Kekosongan)
PERINGATAN
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
a) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2015
Mohonlah secara online di portal SPA http://www.spa.gov.my
Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
Maklumat lanjut jawatan kosong SPA boleh didapati disini.

No comments:
Post a Comment