1. Permohonan adalah
dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon
Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 bagi mengikuti pengajian
di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang
Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
2. Keterangan mengenai Program Biasiswa Yang di-Pertuan
Agong Sesi Pengajian 2015/2016, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan
boleh diperolehi dengan melayari portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh
iklan ini disiarkan.
3. Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian
(on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my
mulai jam 5.00 petang, 6 April 2015.
4. Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) Biasiswa
Yang diPertuan Agong Sesi Pengajian 2015/2016 ialah pada 17 April 2015 dan
tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 24 April 2015.
5. Pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi
Pengajian 2015/2016 boleh dibuat dengan menghubungi talian
03-88853546/3569/3331 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30
petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my
No comments:
Post a Comment