Jabatan Perangkaan Malaysia yang beribu pejabat di Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya juga mempunyai pejabat di setiap
negeri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan
Perangkaan Negeri, Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah
diwujudkan.
Di bawah "Akta
Perangkaan 1965 (Disemak 1989)", fungsi utama Jabatan Perangkaan Malaysia
ialah :
- mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan atau bagi memenuhi keperluan-keperluan perdagangan, perniagaan, perindustrian, pertanian atau lain-lain
- menyebar perangkaan yang telah dikumpul atau tafsiran yang dibuat atas perangkaan yang dikumpul itu, bukan sahaja kepada agensi-agensi kerajaan, tetapi juga kepada pihak-pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka
Dalam menjalankan fungsi jabatan dengan baik, Jabatan
Perangkaan Malaysia Kajang mempelawa calon yang berkelayakkan untuk mengisi
jawatan berikut:
Bil
|
Nama Jawatan / Gred
|
Status
|
Gaji
|
1
|
Pembantu Perangkaan Sambilan (E17)
|
Sambilan
|
RM54.00 Sehari
|
Syarat Am:
Calon mesti mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) serta kredit dalam Bahasa Malaysia & Matematik
Tarikh Temuduga: 28 – 30 Mei 2015
Masa: 8.30 Pagi – 4.30 Petang
Tempat: Jabatan Perangkaan Malaysia Kajang, Tingkat 2, Lot
13, Jalan 10/3, Seksyen 10, Off Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor
Majikan: Jabatan Perangkaan Malaysia Kajang
Nota: Sila Hadir Ke Pejabat Tenaga Kerja Bangi, No.709,
Kompleks Diamond, 43650 Bandar Baru Bangi. Tel:03-89251000/8911 Untuk Ambil
Slip Temuduga Terlebih Dahulu
No comments:
Post a Comment