PELUANG KERJAYA DALAM
PERKHIDMATAN AWAM NEGERI JOHOR
PERMOHONAN TERBUKA SEPANJANG MASA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor di dalam mesyuarat Bil. 4/2015 bertarikh 28 Mei 2015 telah meluluskan kaedah pengiklanan Permohonan Terbuka Sepanjang Masa bagi dua (2) jawatan berikut :
- PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29 (TETAP)
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (TETAP)
Permohonan jawatan adalah dibuka sepanjang masa. Permohonan hanya diterima melalui Borang SPAJ.01-Online. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang berjaya dipanggil temu duga dikehendaki membawa bersama Borang SPAJ.01-Online yang telah dicetak dengan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen yang ditetapkan. Kad Pengenalan dan dokumendokumen asal yang berkaitan hendaklah di bawa ketika menghadiri sesi temu duga.
Mohon secara ONLINE dengan menggunakan Borang SPAJ.01-Online yang boleh diisi dan dicetak di http://johorcareer.johor.gov.my
Untuk maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor di alamat url http://spaj.johor.gov.my . Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan SPAJ di talian 07-266 6422/6423
No comments:
Post a Comment