Monday, November 23, 2015

Jawatan Kosong LPPKN Negeri Sembilan


web-header-malay-final

JAWATAN KOSONG JURURAWAT TERLATIH
LPPKN NEGERI SEMBILAN



JAWATAN :  JURURAWAT TERLATIH
                                        :  PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT


KLASIFIKASI :  PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

KADAR UPAH :   RM 72.00 SEHARI

BIL. KEKOSONGAN :  1 (SATU)

SYARAT LANTIKAN   JURURAWAT TERLATIH

:  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warga Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

        (i)   Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia

(c) Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Pengamalan;

(d) Mempunyai Sijil Perakuan  Pengamalan Tahunan (APC) yang berkuatkuasa;

(e) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(f) Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik

(g) Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai

(h) Bersih dari tindakan tatatertib/tindakan undang-undang

(i) Sihat tubuh badan dan tidak mengidap sebarang penyakit kronik.



SYARAT LANTIKAN PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

:  Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warga Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)    (i)   Diploma / STPM yang diiktiraf oleh kerajaan atau
                                                                              kelayakan setaraf dengannya, ;atau

(ii)  Diploma / STPM yang diiktiraf oleh  kerajaan daripada
       institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
       kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(e) Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik

(f) Mempunyai kemahiran dalam komputer terutamanya perisian excel dan movie maker

(g) Mempunyai perwatakan dan peribadi yang sesuai

(h) Bersih dari tindakan tatatertib/tindakan undang-undang

(i) Sihat tubuh badan dan tidak mengidap sebarang penyakit kronik.




CARA MEMOHON :

(i) Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui Laman Web :http://www.lppkn.gov.my
(ii) Atau menghantar resume lengkap beserta salinan kelayakan berkaitan dan setaraf dengannya, salinan Sijil Pelajaran Malaysia, salinan kad pengenalan dan salinan lain-lain sijil yang berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut dengan menulis jawatan yang di pohon pada sudut kiri sampul surat. Permohonan yang tidak lengkap/lewat akan ditolak.

PUSAT KELUARGA LPPKN SEREMBAN 2,
PERSIARAN S2/B3,
SEREMBAN 2,
70300 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
(u.p.: Unit Pentadbiran)

Catatan:

LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers