Saturday, December 26, 2015

Permohonan Perajurit Muda Udara, TUDM - 10 Januari 2016



PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 55/16
Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam
pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.

KELAYAKAN
Pemohon yang memenuhi kelayakan seperti berikut akan dipertimbangkan untuk perlantikan ke
pangkat Perajurit Muda Udara (PjM U) dan mengikuti Latihan Asas Ketenteraan:


TATACARA PEMILIHAN

5. Permohonan. Calon yang berminat boleh memohon melalui permohonan secara atas
talian di laman sesawang www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/Account/Login.

http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/Account/Login

6. Pemilihan. Calon yang berjaya terpilih akan menjalani 2 peringkat pemilihan seperti
berikut:

a. Pemilihan Awal. Calon yang berkelayakan dan berminat hendaklah menghadiri
sesi temuduga terbuka di Pusat Pemilihan yang telah ditetapkan (di pangkalan tertentu
mengikut zon) dengan membawa semua dokumen berikut:

(1) MyKad (Dokumen Asal).
(2) Sijil Lahir (Dokumen Asal).
(3) Salinan MyKad Ibu dan Bapa (Yang telah disahkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara).
(4) Sijil Akademik SPM/SKM/Diploma (Dokumen Asal). (Surat Pengesahan
Tamat Pengajian perlu sekiranya calon masih belum mendapat sijil asal).

* Aktiviti semasa Pemilihan Awal adalah seperti berikut :
(1) Pemeriksaan Dokumen.
(2) Pemeriksaan Fizikal.
(3) Ujian Personaliti.
(4) Ujian Kecergasan.
b. Pemilihan Akhir. Calon yang lulus dalam Pemilihan Awal akan dipanggil untuk
Pemilihan Akhir di Pusat Pemilihan yang telah ditetapkan untuk menjalani ujian
seterusnya.
7. Lembaga Pemilihan Akhir Perajurit Muda Udara. Lembaga yang dipengerusikan oleh
Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara ini
akan memilih calon terbaik dikalangan calon-calon yang berjaya dalam 2 peringkat pemilihan
tersebut untuk ditawarkan menyertai TUDM sebagai Perajurit Muda Udara.

8. Latihan Asas Ketenteraan. Calon yang terpilih akan melapor diri di Institut Latihan
Tentera Udara (ITU), Ipoh untuk menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan. Perajurit
Muda Udara yang berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan akan dinaikkan ke Pangkat
Laskar Udara II dan akan memulakan kerjaya mereka sebagai seorang anggota LLP di dalam
TUDM.





9. Alamat Perhubungan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi alamat berikut:

MARKAS TENTERA UDARA
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN
TINGKAT 7, BANGUNAN TH SELBORN
153, JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
Tel : 03-2681 2412/13

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers