Saturday, October 15, 2016

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( Lepasan Ijazah dan Diploma) - 18 Oktober 2016

Image result for dewan bandaraya kuala lumpur

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:



1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 (TETAP/KONTRAK) 
2. JURUTERA (AWAM) GRED J41 (TETAP/KONTRAK) 
3. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41 (TETAP/KONTRAK)
 4. PENERBIT RANCANGAN GRED B41 (KONTRAK) 
5. AHLI MUZIK (PEMIMPIN ORKESTRA) GRED B41 (KONTRAK) 
6. AHLI MUZIK (PENGURUS ORKESTRA) GRED B41 (KONTRAK) 
7. JURURAWAT GRED U29 (TETAP/KONTRAK) 
8. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19 (KONTRAK)



CARA MEMOHON 
(i) Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem ePengambilan DBKL (apps.dbkl.gov.my/epengambilan) 
(ii) Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah, Diploma dan Sijil dan dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web http://app.mohe.gov.my/iktiraf . 
(iii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, Sijil-sijil atau resume sehingga dihubungi untuk temuduga. 


CATATAN 
(i) Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap diisi akan ditolak. 
(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenaraipendek sahaja akan dipanggil temu duga. Notis panggilan temu duga akan dimaklumkan melalui e-mail dan semakan nama calon yang disenaraipendek boleh dibuat di laman web DBKL. Sehubungan dengan itu, calon diminta untuk mengemaskini e-mail masingmasing di dalam sistem e-Pengambilan. 
 Iklan kekosongan jawatan ini juga dipaparkan di Portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my)

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers