Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia
[keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi
jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM MUDA MASJID
BANDAR/JAJAHAN), GRED S27
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N17
3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (BILAL MASJID BANDAR/JAJAHAN),
GRED S17
4. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (SIAK MASJID BANDAR/JAJAHAN),
GRED S17
GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi diatas boleh ditetapkan
oleh pihak MAIK berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang
dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Peningkatan
Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 tahun atau 56 tahun.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan
(MUI) Kn, 1/93 yang boleh didapati dengan melayari Portal Rasmi MAIK
http://www.e-maik.my atau dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23
sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di
Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan
Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat
melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 / terkini
dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat
beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul
berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima
tidak akan dilayan.
ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
SEBELUM ATAU
PADA : 06 MAC 2014
PERKARA AM
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan
dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6
bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment