Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa
pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Sarawak dan berumur
tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh memohon yang berkelayakan dan
memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi memohon jawatan-jawatan yang terdapat di
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Pemohon yang telah berdaftar boleh mengemaskini permohonan
jawatan masing-masing berdasarkan jawatan kosong yang diiklankan. Bagi mereka
yang belum berdaftar dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan,
perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian.
Jawatan
|
Jurutera (Awam)
|
Taraf Jawatan
|
Tetap/Jawatan Berasas Caruman
|
Kumpulan Perkhidmatan
|
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
|
Tempoh Percubaan
|
1 Hingga 3 Tahun
|
Gred Gaji
|
J41
|
Klasifikasi Perkhidmatan
|
KEJURUTERAAN
|
Jadual Gaji
|
P1T1 RM2359.72 - P1T23 RM5559.76
|
Syarat-syarat Lantikan
|
Calon-calon bagi lantikan hendaklah
warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang
dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:-
(a) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
|
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan
Penolong Jurutera adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jurutera Gred
J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. |
Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan
|
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan
Jurutera (Awam), Gred J41, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan
tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke
atasnya dari semasa ke semasa.
|
Tarikh tutup Iklan
|
31 Mac 2014
|
Link
|
No comments:
Post a Comment