Tuesday, February 25, 2014

Jawatan Kosong : Juruanalisa Sistem dengan Kerajaan Negeri Sarawak


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh memohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi memohon jawatan-jawatan yang terdapat di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Pemohon yang telah berdaftar boleh mengemaskini permohonan jawatan masing-masing berdasarkan jawatan kosong yang diiklankan. Bagi mereka yang belum berdaftar dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian.
Jawatan
Juruanalisa Sistem
Taraf Jawatan
Tetap/Jawatan Berasas Caruman
Kumpulan Perkhidmatan
Pengurusan Dan Profesional
Tempoh Percubaan
1 Hingga 3 Tahun 
Gred Gaji
F41 
Klasifikasi Perkhidmatan
SISTEM MAKLUMAT
Jadual Gaji
P1T1 RM2145.88 - P1T27 RM5553.48 
Syarat-syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T1); atau

(ii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T3); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T6); atau

(iv) ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T9); dan

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan


Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Juruanalisa Sistem, Gred F41, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa. 
Tarikh tutup Iklan
31 Mac 2014
Link


No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers