Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa
pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Sarawak dan berumur
tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh memohon yang berkelayakan dan
memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi memohon jawatan-jawatan yang terdapat di
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Pemohon yang telah berdaftar boleh mengemaskini permohonan
jawatan masing-masing berdasarkan jawatan kosong yang diiklankan. Bagi mereka
yang belum berdaftar dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan,
perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian.
Jawatan
|
Juruaudit W41
|
Taraf Jawatan
|
Tetap/Jawatan Berasas Caruman
|
Kumpulan Perkhidmatan
|
Pengurusan Dan Profesional
|
Tempoh Percubaan
|
1 Hingga 3 Tahun
|
Gred Gaji
|
W41
|
Klasifikasi Perkhidmatan
|
KEWANGAN
|
Jadual Gaji
|
P1T1 RM1924.18 - P1T27 RM5523.51
|
Syarat-syarat Lantikan
|
Calon-calon bagi lantikan hendaklah
warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang
dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:-
(a) (i) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T3); atau (ii) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau (iii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau (iv) ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T9); atau (v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T10); dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
|
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan
Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W41
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan :-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. |
Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan
|
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan
Juruaudit, Gred W41, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut
yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari
semasa ke semasa.
|
Tarikh tutup Iklan
|
31 Mac 2014
|
Link
|
No comments:
Post a Comment