Tuesday, February 25, 2014

Jawatan Kosong Pegawai Keselamatan KP41 dengan Kerajaan Negeri Sarawak


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh memohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi memohon jawatan-jawatan yang terdapat di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Pemohon yang telah berdaftar boleh mengemaskini permohonan jawatan masing-masing berdasarkan jawatan kosong yang diiklankan. Bagi mereka yang belum berdaftar dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian.

Jawatan
Pegawai Keselamatan
Taraf Jawatan
Tetap/Jawatan Berasas Caruman
Kumpulan Perkhidmatan
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Tempoh Percubaan
1 Hingga 3 Tahun 
Gred Gaji
KP41
Klasifikasi Perkhidmatan
KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
Jadual Gaji
P1T1 RM1911.59 - P1T27 RM5470.09 
Syarat-syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) memiliki ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah Gred KP41: P1T3); atau

(iii) bekas Penolong Penguasa Polis Diraja Malaysia atau Kapten Angkatan Tentera Malaysia atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;

(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan; dan

(c) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) dan (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan 
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Keselamatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Keselamatan Gred KP41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. 
Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan

Tarikh tutup Iklan
31 Mac 2014
Link

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers