Tuesday, February 25, 2014

Jawatan Peg. Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (Guru Besar Sekolah Rendah Agama)


Jawatan PEG. PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (GURU BESAR SEKOLAH RENDAH AGAMA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh memohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi memohon jawatan-jawatan yang terdapat di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Pemohon yang telah berdaftar boleh mengemaskini permohonan jawatan masing-masing berdasarkan jawatan kosong yang diiklankan. Bagi mereka yang belum berdaftar dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian.

Taraf Jawatan    TETAP/JAWATAN BERASAS CARUMAN
Kumpulan Perkhidmatan              SOKONGAN       Klasifikasi Perkhidmatan               PENDIDIKAN
Tempoh Percubaan        1 HINGGA 3 TAHUN
Gred Gaji             DGA29 Jadual Gaji          P1T1 RM1588.45 - P1T23 RM3575.92

Syarat-syarat Lantikan   Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) diploma dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) diploma dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DGA29:P1T4); atau
(iii) diploma dalam bidang kejuruteraan atau pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DGA29:P1T4); dan
(b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan                 
Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasa Diploma, Gred DGA29, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers