Tuesday, February 25, 2014

Jawatan Kosong: Pemandu Injin di Negeri Sarawak


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh memohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi memohon jawatan-jawatan yang terdapat di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Pemohon yang telah berdaftar boleh mengemaskini permohonan jawatan masing-masing berdasarkan jawatan kosong yang diiklankan. Bagi mereka yang belum berdaftar dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian.


Jawatan
Drebar Injin
Taraf Jawatan
Tetap/Jawatan Berasas Caruman
Kumpulan Perkhidmatan
Sokongan
Tempoh Percubaan
1 Hingga 3 Tahun 
Gred Gaji
A1 
Klasifikasi Perkhidmatan
Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
Jadual Gaji
P1T1 RM683.45 - P1T20 RM1516.60
Syarat-syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan dan berkebolehan 
bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; dan

(b) Berbadan tegap dan sihat tanpa kecacatan pancaindera
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Drebar Injin, Gred A1, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 
Tarikh tutup Iklan
31 Mac 2014
Link

No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers