Friday, March 21, 2014

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang


Permohonan adalah dipelawa daripada calon - calon warganegara Malaysia
( keutamaan kepada warga Selangor ) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan
bertaraf kontrak / tetap seperti berikut di Majlis Perbandaran Kajang.

Jawatan / Gred : Pegawai Penguatkuasa ( N41 )
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan
Jadual Gaji : RM 1911.00 – RM 8646.00
Kekosongan : 1

Jawatan / Gred : Pen. Peg. Teknologi Maklumat ( F29 )
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sistem Maklumat
Jadual Gaji : RM 1746.00 – RM 5104.00
Kekosongan : 1

Jawatan / Gred : Pembantu Operasi (N11)
 Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan
Jadual Gaji : RM 802.00 – RM 2663.00
Kekosongan : 1

Jawatan / Gred : Pembantu Awam ( H11 )
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Jadual Gaji : RM 837.00 – RM 2619.00
Kekosongan : 10

Jawatan / Gred : Pemandu Kenderaan (H11)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Jadual Gaji : RM 837.00 – RM 2619.00
Kekosongan : 3


CARA MEMOHON :-

1. Borang permohonan boleh didapati secara terus berharga RM 2.00 bagi setiap
borang di :

Kaunter Hasil, Tingkat 1,
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.


ATAU

Dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my beserta Wang Pos RM 2.00
di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang.

2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :

1 . Salinan Kad Pengenalan
2 . Sijil Kelahiran
3 . Sijil – sijil Persekolahan
4 . Gambar Berukuran Passport

Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan/
Pengetua Sekolah/Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung

3. Semua dokumen hendaklah dikepilkan ( binding ) dengan kemas bagi
mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon
hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

4. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI
SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.


5. Permohonan hendaklah di alamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia)



TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31HB. MAC, 2014 ( ISNIN )




No comments:

Post a Comment

Pendaftaraan Grabdrivers