Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Malaysia yang ke-19. Universiti
Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan
keusahawanan yang mengutamakan
pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang
pengajian iaitu keusahawanan &
perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains
sumber asli sejajar dengan visi dan
misi yang telah ditetapkan.
Universiti memerlukan individu yang
boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum
(independent), bekerja dalam satu
pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk
membangun universiti. Individu yang
berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan
seperti berikut :-
Bil
|
Nama Jawatan
|
Gred
|
Taraf
|
1
|
Pegawai
Perubatan
|
UD43
/ UD47
|
Tetap
|
2
|
Pegawai Sains
|
C41
|
Tetap
|
3
|
Pegawai
Veterinar
|
G41
|
Tetap
|
4
|
Pegawai Pertanian
|
G41
|
Tetap
|
5
|
Pegawai
Hal Ehwal Islam
|
S41
|
Tetap
|
6
|
Pegawai Kebudayaan
|
B41
|
Tetap
|
7
|
Pembantu
Belia dan Sukan
|
S17
|
Tetap
|
Penetapan
Gaji Permulaan:
Gaji permulaan yang lebih tinggi
daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik UMK berasaskan kepada
kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana
berkaitan.
[Up to 87% Off] Ballpoint Pen with SWAROVSKI ELEMENTS Crystal Embellishments from Her Jewellery
Offer End by 24 March 2014 |
Imbuhan
dan Elaun Berkaitan (Berdasarkan Gred Gaji)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah
termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/ Imbuhan Tetap
Keraian/ Imbuhan Tetap Khidmat Awam
dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.
Syarat
Kewargenegaraan Dan Umur (Pada Tarikh Tutup Iklan)
Pemohon hendaklah terdiri daripada
warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus
hendaklah berumur tidak kurang dari 18
tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun
pada tarikh lantikan, manakala bagi
bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.
Kelayakan
Spm Mengikut Sistem Terbuka Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan
Awam
Calon-calon yang memiliki Sijil SPM
mengikut sistem terbuka boleh dipertimbangkan untuk dilantik
ke skim-skim perkhidmatan yang
mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi
menentukan tahap kelulusan tersebut
setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang
dikeluarkan sebelum pelaksanaan
peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut
perlu dipenuhi :
a) lulus enam (6) mata pelajaran
termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian
dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu
peperiksaan; atau
b) lulus enam (6) mata pelajaran
termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian
dan selebihnya di peringkat Lulus yang
dikumpulkan dalam dua peperiksaan
dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama
ada Kepujian atau Lulus, dan mata pelajaran
tertentu sepertimana disyaratkan dalam
skim perkhidmatan.
Calon-calon yang tidak memiliki
keputusan seperti di atas adalah TIDAK LAYAK dipertimbangkan
untuk maksud lantikan ke
jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
Permohonan
Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat
dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun
hendaklah mengemukakan permohonan
melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan
Kenyataan Perkhidmatan yang
dikemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.
Borang permohonan yang tidak lengkap
diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan
dokumen yang dikehendaki dan
permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
Maklumat
Terperinci Dan Syarat- Syarat Lantikan
Maklumat terperinci mengenai semua
jawatan dan syarat-syarat kelayakan untuk memohon
jawatan di atas boleh diperolehi
melalui laman web http://www.umk.edu.my
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh diisi secara online
di http://jobs.umk.edu.my . (Pemohon tidak
perlu
menghantar salinan hardcopy borang
permohonan).
Tarikh
Tutup Permohonan
27 MAC 2014
Keterangan
Am
a) Calon-calon yang berjaya disenarai
pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan
yang tidak menerima sebarang jawapan
daripada pihak UMK dalam tempoh enam (6)
bulan dari tarikh tutup permohonan
adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
b) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah
selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.
Sebarang permohonan selepas tamat
tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang
permohonan yang baru.
Iklan Penuh disini: http://www.umk.edu.my/rasmi/images/document/jawatan2014.pdf
No comments:
Post a Comment